Saturday 14 July 2012

Gelap..pergilah...along redha....

Assalamu'alaikum...

Semalam Allah uji ayu dengan sesuatu yang berat bagi ayu. Ayu dapat tahu, Gelap (kucing peliharaan) dah xde meninggalkan kami semua..

Orang2 yang rapat dengan ayu akan tahu betapa sayangnya ayu pada Gelap dan Cerah...Pada mereka la, ayu asyik mengadu rindukan kucing2 ayu tu bila terpaksa berjauhan...Dan, ayu sering menangis kerana teringatkan mereka...Cengeng kan? huhu....Gelap dan Cerah bukan sekadar seekor kucing tapi mereka umpama ahli keluarga ayu...sangat rapat..sangat...

Disember 2011, lahir la sepasang anak kucing..Ini lah kali pertama ayu jaga dan sayang anak2 kucing sejak mereka kecil. Sebelum ni, perasaan ayu pada kucing biasa2 je..Takla 'segila' sekarang...huhu..tapi sejak perasaan syg ayu bercambah pada Gelap dan Cerah, merekala yang menjadi pencetus diri ayu untuk membela dan ambil peduli tentang kucing2 jalanan kat luar tu...

Masa di UiTM Puncak Alam, walaupun terpksa berpisah seminggu, ayu asyik rasa tak sedap duduk. Semuanya sbb rindukan Gelap dan Cerah. Ayu pun xtau kenapa perasaan syg pada mereka terlalu menebal sehingga asyik menangis...

Bila praktikal di hospital Kuantan, ayu kerap pulang hujung minggu ke Kemaman sebab nak jumpa Gelap dan Cerah. Memang xleh berpisah langsung...Allahu, sungguh ayu merasakan mereka sebahagian drp keluarga ayu..

Gelap sangat lincah. Dia sgt suka berburu kat luar umah. Macm2 binatang dia tangkap, cicak,lipas, burung,katak..Dan dia sgt sayangkan Cerah..Suka jilat2 Cerah...Lagi satu, dia bijak. Kalau ayu laung2 nama dia walopon xnmpak kelibat dia, xberapa lama kemudian, dia mesti datang....kadang2 berlari mcm turbo dtg kat ayu,huhuhu....Kadang2 dia malas nak datang, dia menyahut je panggilan ayu dgn mengiau...Tahu la ayu dia ada kat mane masa tu..:)

Ayu suka bawak Gelap dan Cerah jalan2...Kadang2 gi taman tepi sungai, selalu jugak bawak ke taman permainan. Dan pernah bawak ke pantai. Mula2nya Gelap dan Cerah takut naik kereta. Lama2, mereka biasa. Gelap suka duduk kat dashboard belakang...:)

Beberapa hari lepas, dia suka betul tidur ngan ayu. Nampak je ayu masuk bilik, dia menyusup jugak, then, best2 je landing atas comforter. Comel....

Beberapa hari lepas jugak, dia bermain nakal semula ngn Cerah lepas berapa lama xbergurau2 sesama adik beradik. Last mereka bergurau2 pun masa mereka lam 3-4 bulan camtu...Then, bbrapa hari lepas, mereka main kejar2 semula. Ayu gembira sgt tgk telatah mereka sbb dah lama xtengok mereka main2 camtu. Adik ayu pun cakap, "Dah lama mereka xmain2 cmni"...Dan rupa2nya, tu la peluang terakhir tuk Gelap bermain2 ngan adiknya tu...

13 Julai 2012, sejak pagi, ayu jadi pelik bila Gelap xbalik2.Hanya ada Cerah je..Ayu dah jadi bimbang. Ayu laung2 nama Gelap pun tapi xdatang2 kelibat dia...

14 Julai 2012, ayu mintak adik2 ayu cari. Takut ada apa2 jadi pada Gelap. Dan perasaan ayu mmg xsedap masa tu. Bila adik ayu balik, dia bagitau sesuatu yang buat dada ayu sesak tetiba, "Along, pekerja Mak Ngah Mah cakap ada kucing hitam yang mati dan diletakkan kat tepi tong sampah tepi jalan tu pagi semalam. Pekerja MPK dah amik dah...Dia cakap, adik selalu main ngan kucing tu"

Allahu. Tersentak jantung ayu. Terus sebak dan laju air mata turun. Ayu xpuas hati. Ayu mintak Najwa tunjukkn gambar Gelap pada pekerja Mak Ngah tu. Dan mmg sahih, dia cakap, tu kucing yang sama......

Allahurabbi...Allah uji ayu dengan ujian yang sukar ayu nak terima. Kemungkinan besar Gelap dilanggar kereta/motorsikal. Mungkin bagi orang lain, kematian seekor kucing adalah perkara biasa...Tapi bagi ayu Gelap bukan sekadar kucing. Dia sebahagian ahli keluarga ayu. Dia pelengkap hidup ayu.

Ada yang ketawa2 bila lihat ayu bersedih dgn kematian seekor kucing. Ada yang bergurau bodoh dgn ayu. Saya tanya kamu, kalau saya sedang kematian ahli keluarga saya, apakah kamu akan perlekeh2kan perasaan ni? Tidak kan? Samalah dengan apa yang saya alami sekarang. Pada mata kamu, saya hanya kematian seekor kucing. Tapi pada diri saya, saya sedang kehilangn seorang ahli keluarga saya! Gurauan2 bodoh kamu hanya menambah sebak di dada saya...!

Gelap dan Cerah bukan sekadar kucing...
Mengetahui ttg kematian Gelap saya merasakn hampir separuh nyawa saya hilang..
Perasaan kehilangan ni sama dgn perasaan saya sewaktu terpaksa menerima berita abah dah tiada buat selama2nya....



9 comments:

yana M said... Reply To This Comment

sabarlah..yana pon prnh kena cmnih...sedih sgt..:(

9n0L4 said... Reply To This Comment

siannyeeee. sabar ye. Allah lebih sayangkannya. ;)

Mishter Izwän said... Reply To This Comment

sbr oke. dia pun mcm manusia jugak . da smpai ajal dia. sy pun pnh khlangan kucing kesyngan so i know how u feel

CikTeddyCorner said... Reply To This Comment

ayumi buat kite ingat balek kat Gemok kite..sedih la camni =(

atIEsAyAnGkAmU said... Reply To This Comment

comelnyer kucen tuh..
tp syg dah tkde yea...

akak pun pencinta kucen jugakk..huhuhu

teha said... Reply To This Comment

sabar2 :)

ireminisces said... Reply To This Comment

Asalamu alaikum thanks for sharing, learn about Ramadhan inshAllah over @ ireminisces

fardhila fawwazy blogspot said... Reply To This Comment

sabar ye ayu..biar la org nk ckp pe..dila prnh hilang kcing yg sgt2 comel..sdih smpai nangis2.. yela,hnya org yg rpat je th kite syg kn..huhu

Globe-Rider said... Reply To This Comment

Memang Handsome Gelap u tu..

I pun ade seekor kucing, tapi belum kehilangan nya lagi..

I pun tahu mcm mane rasa perasaan sedih.. sbb i ade dairy farm.. dah nak dekat 6 ekor lembu susu i terpaksa dihantar ke pusat penyembelihan sebab sakit lepas beranak, penyakit Foot Mouth Disease and cacing.. memang teramat sedih bile lembu susu i tu naik atas lori untuk dihantar ke tempat penyembelihan.. diaorg cuma kenal i aje bile dah naik atas lori tu.. muka diaorg pun sedih.. mmg i pun nak menangis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All reserved to Ayumi.Edited by TehaaNFM